Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan Pasar Keramat di sini akan ditutup sementara selama dua hari bermula 2 Disember ini.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa berkata, penutupan sementara itu bertujuan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di pasar berkenaan.

“DBKL bersama agensi-agensi berkaitan akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Pasar Keramat ini dari 2 hingga 3 Disember 2013,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada 24 November lalu melaporkan, DBKL berhasrat menutup sementara Pasar Keramat untuk operasi pembersihan besar-besaran selepas operasi itu dilakukan di Pasar Raja Bot.

Ia kerana pasar yang dikendalikan DBKL itu kelihatan kotor selain menjadi tempat pembiakan tikus.

DBKL bagaimanapun perlu mengadakan pertemuan dengan peniaga di pasar itu terlebih dahulu untuk membincangkan perkara berkenaan.

Pada 12 November lalu, DBKL mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara Pasar Raja Bot selama dua hari untuk kerja-kerja pembersihan.

0 comments:

Post a Comment