KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan seminar Hak Asasi Manusia dan Islam di Malaysia bermula 27 hingga 28 November ini.
IKIM dalam satu kenyataan memberitahu, seminar itu dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
“Seminar ini akan diadakan di Dewan Besar IKIM. Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Pesuruhjaya Sukaham, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid dijadual hadir pada majlis ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, seminar itu antara lain bertujuan mengenal pasti isu hak asasi serta menjelaskan kedudukan Islam dalam hak asasi.
Ia juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada para peserta mengadakan perbincangan, analisis dan kajian tentang hak asasi dalam pandangan Islam.
Selain itu, seminar tersebut bertujuan mewujudkan kesatuan fikiran dalam kalangan kumpulan Islam dan mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa.
0 comments:
Post a Comment