Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui sokongan kaum Melayu kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada Mei lalu meningkat kerana DAP menganggotai pakatan rakyat (PR).

Beliau mendakwa, kerana terus berada dalam PR maka DAP memenangi tambahan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU13 berbanding pencapaian parti itu semasa pilihan raya umum tahun 2008.

“DAP tidak akan memenangi tambahan kerusi Parlimen dan DUN tanpa penambahan sokongan kaum Melayu disebabkan rangka kerjasama dalam PR,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kit Siang menegaskan bahawa dasar kerjasama dan saling memerlukan dalam PR bakal memperkuatkan DAP pada PRU14.

SiakapKeli semalam melaporkan, Kit Siang membayangkan PAS tidak akan mencapai kejayaan politik seperti yang dikecapi parti itu pada waktu ini jika tidak bersama PR.

Beliau dipetik sebagai mendakwa, sebelum PR wujud, PAS cuma mendapat sokongan di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Malah, dakwa pemimpin veteran DAP itu, pencapaian PAS di empat negeri berkenaan sebenarnya disebabkan krisis politik (pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet) pada tahun 1998.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 PAS menang 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan ia parti pembangkang paling besar waktu itu.

“Bagaimanapun, lebih 90 peratus peratus kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi PAS pada waktu itu di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Namun, pada PRU 2004 kerusi Parlimen PAS berkurangan kepada enam kerusi dan 33 kerusi DUN sebelum keadaan kembali berubah pada PRU 2008,” dakwa Kit Siang semalam.

Justeru, Kit Siang mendakwa, salah satu punca kejayaan PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN pada PRU 2013 termasuk di luar empat negeri berkenaan disebabkan PR.

0 comments:

Post a Comment