Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment
Mohd Azuan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol gadis bawah umur.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam, atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, dalam dua kejadian berasingan pertengahan Jun dan September lalu.

Bagaimanapun, Mohd Azuan Mohd Nordin, 19, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Azuan didakwa telah merogol mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun, pertengahan Jun lalu, kira-kira jam 12 tengah malam.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh mengulangi perbuatan sama di lokasi sama dan waktu yang sama pada pertengahan September lalu.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol iaitu penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Fadhilah Nor membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam serta serahan dokumen. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment