SELEPAS penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana memenangi anugerah di Shout Awards 2013 bagi kategori Coolest Radio Announcer, pagi ini pasukan waktu pagi di Hot FM melakukan kelainan dengan bertukar waktu kerja dengan penyampai Fly FM.
Ia ekoran cabaran yang dilontarkan oleh stesen Fly FM bahawa penyampai waktu pagi mereka Guibo akan datang ke konti Hot FM dan bersiaran dalam Bahasa Melayu jika penyampai Hot FM berjaya memenangi anugerah di majlis itu.
Pagi ini Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau bertukar tempat dengan Guibo selama kira-kira 2 jam sebagai melaksanakan cabaran berkenaan.
Satu cabaran besar bagi Guibo apabila beliau yang dilahirkan di Washington, Amerika Syarikat serta membesar di sana selama 23 tahun terpaksa bersiaran dalam Bahasa Melayu pada pagi tadi.
Seorang daripada penyampai segmen Hot FM AM Krew, AG memberikan cabaran kepada Guibo
membaca beberapa petikan berita ternyata lucu kerana berbelit-belit lidah penyampai Fly FM itu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Manakala Fafau pula tidak mempedulikan tatabahasa (grammar) dalam Bahasa Inggeris apabila bersiaran di stesen Fly FM dalam satu acara yang dipanggil The Swap itu.
0 comments:
Post a Comment