Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

Seramai 20 selebriti akan kembali bertarung di pentas masakan Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang mengangkat tema seni kulinari sebagai tunjang utama program tersebut.

MCMAS bakal memulakan siarannya pada 23 November ini, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria dan Astro Maya HD.

Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Azwan Ali, Soo Wincci, Raja Azmi, Karl Shafek, Kenchana Devi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie dan Enot.

Sementara 10 peserta yang lain terdiri daripada peserta-peserta Masterchef Malaysia dari musim pertama dan musim kedua, seperti Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah.

Barisan juri yang setia mengkritik setiap hidangan selebriti ini juga dikekalkan iaitu Chef Adu Amran, Chef Zubir dan Chef Joe.

Jadi, buat penggemar setia rancangan ini, jangan lupa temu janji anda untuk menonton program ini ya!
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment