Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam hebat oleh kepimpinan Pemuda PAS , kini giliran Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung gesaannya supaya membatalkan pendaftaran parti politik berasaskan kaum dan agama di negara ini.

Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan Karpal membuat gesaan itu sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin DAP, Ahli Parlimen, peguam serta aktivis masyarakat yang berpengalaman.

“Tindakan Karpal dianggap tidak cocok dan membuka ruang untuk media memutar-belitkan isu ini dan menjadi bola tanggung bagi memporak-perandakan hubungan PAS dan DAP.

“Karpal harus menyedari impak negatif yang lebih berat ditanggung oleh jentera bawahan yang terpaksa menjalankan ‘kerja lebih masa’ untuk menenangkan gelora di peringkat akar umbi serta penerangan khusus bagi menerangkan isu yang berlaku,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azmizam berkata, kecenderungan rakyat menerima bulat-bulat propaganda mesti disedari oleh mana-mana pemimpin pakatan pembangkang sebelum membuat sebarang ulasan dan kenyataan.

Katanya, sebarang kenyataan, biarpun dalam kepakaran individu sebagai pengamal undang-undang dan ahli politik berpengalaman wajar merujuk kepada majlis presiden pakatan pembangkang terlebih dahulu.

Justeru, beliau menggesa Karpal mematuhi garis panduan dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lisan atau bertulis dalam pakatan pembangkang.

“Sentiasalah memupuk kerjasama bukan sahaja melalui agenda politik, tetapi keberhasilan itu harus wujud melalui muafakat dan saling menghormati dasar serta perlembagaan parti agar tidak wujud sebarang syak dan keraguan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment