Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment
Norshahrul Idlan Talaha antara pemain Harimau Malaya yang bakal beraksi menentang skuad Al-Ahmar, Jumaat ini.

“PELUANG tetap ada jika pemain fokus dan bertahan dengan baik sambil mengharapkan serangan balas”, itulah pandangan daripada bekas pemain Harimau Malaya era 80-an, Khalid Ali yang optimis skuad kendalian Datuk K Rajagobal mampu membenam cabaran pasukan tuan rumah, apabila turun menentang Bahrain di Manama untuk perlawanan keempat Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat ini.

Jelasnya lagi, skuad Harimau Malaya yang dilabel sebagai pasukan underdog pada perlawanan itu nanti, bakal bermain tanpa sebarang tekanan.

“Reputasi pasukan dari negara teluk itu sememangnya hebat dan mereka wajib menang ke atas pasukan kita. Oleh sebab itu, mungkin mereka akan lebih tertekan untuk mencapai kemenangan pada perlawanan itu.

“Kesempatan itulah perlu direbut oleh pasukan negara, dengan bermain lebih bertahan sambil mengharapkan serangan balas. Inilah kesempatan terbaik buat anak didik Rajagobal untuk melakukan kejutan ke atas pasukan Bahrain,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, dalam dunia bola sepak apa-apa juga boleh berlaku, sambil beliau mengambil contoh pasukan Pahang yang berjaya muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan pilihan Kelantan dan seterusnya menamatkan penantian selama 21 tahun.

“Kita tengok baru-baru ini, apabila Pahang mampu menewaskan Kelantan. Ramai orang letakkan Kelantan untuk muncul pemenang, tetapi sebaliknya berlaku.

“Resepi seperti itulah yang harus ada pada anak buah Rajagobal bagi menghadapi pertemuan itu nanti,” katanya. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment