Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

BOSNIA – Hasrat seorang budak yang berusia lapan tahun yang sedang tenat akibat leukemia untuk bertemu dengan Zlatan Ibrahimovic tidak kesampaian apabila bintang bola sepaknya tersebut terlalu
Hajrudin Kamenjas, yang diberikan tempoh selama sebulan oleh doktor, telah berkunjung ke Paris dari rumahnya di Bosnia, semata-mata kerana ingin bertemu Ibrahimovic selepas ibubapanya, Amela danMustafa mengatur pertemuan tersebut melalui Paris Saint Germain.

Amela dan Mustafa membawa anak mereka untuk bertemu dengan Ibrahimovic selepas mereka dimaklumkan bahawa bintang bola sepak itu tidak dapat mengunjungi Hajrudin di rumahnya kerana komitmen bola sepak.

Namun apabila keluarga tersebut membawa Hajrudin bersama dengan peralatan hospital ke Perancis, mereka sekali lagi dimaklumkan bahawa pemain tersebut tidak dapat bertemu dengan budak tersebut, meskipun dia sudah berada di dalam stadium.

Ibrahimovic ketika itu mengalami kecederaan lutut, ketika Hajrudin datang ke stadium pada 1 November lalu untuk bertemunya.

Keluarganya mendakwa bintang tersebut mempunyai masa lapang pada hari keesokannya, tetapi gagal menemui anak mereka.

Hajrudin dibawa ke Paris untuk bertemu dengan Ibrahimovic selepas budak tersebut memberitahu bahawa harapan terakhirnya sebelum menutup mata adalah untuk bertemu dengan pemain bola sepak kesayangannya itu.

Dengan bantuan rakan-rakan dan saudara maranya serta sebuah NGO dari Jerman, hasrat Hajrudin cuba dikabulkan.

“Kami tahu Ibrahimovic sibuk, namun kami telah meminta kebenaran sebelum itu dan telah ke Paris untuk bertemu dengannya.

“Malah kelab Paris Saint Germain juga memaklumkan bahawa kami boleh bertemu dengan Ibrahimovic jika kami datang sendiri ke Paris.

“Meskipun kami berulang kami dimaklumkan mereka akan mengatur pertemuan itu, namun ia tidak berlaku dan terpaksa menipu Hajrudin bahawa Ibrahimovic sedang sakit serta masuk hospital,’’ katanya.

Bagaimanapun Ibrahimovic kemudiannya telah menghantar mesej melalui rakaman video kepada Hajrudin.
“ Hello Hajrudin. I am Zlatan. Selepas mendengar mengenai awak, saya teringatkat awak.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat datang, tetapi saya ada hadiah untuk awak. Saya sudah menandatangani baju jersi saya dan saya ingin awak tahun bahawa awak berada di fikiran saya.

“Saya juga ingin memberikan jersi ini yang saya pakai ketika menjaringkan dua gol semalam,’’ kata Ibrahimovic.

0 comments:

Post a Comment