Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

LOS ANGELES – Jadual yang padat dan sibuk memaksa Rihanna menyewa rumah agamnya yang bernilai RM34.8 juta dengan bayaran sewa sebanyak RM208,000 sebulan.

Penyanyi tersebut membeli rumah berkenaan setahun yang lalu, namun disebabkan dia terlibat dengan komitmen kerja, maka Rihanna jarang menetap di rumah berkenaan.

Keadaan itu memaksa Rihanna mengambil keputusan untuk menyewa rumah tersebut yang memiliki tujuh bilik tidur dan 20 ruang tempat letak kereta.

Rumah tersebut dihiasi dengan warna semulajadi dan mempunyai hiasan yang menarik.

Ia dikelilingi pokok-pokok Oak dan Sycamore dan ia juga mempunyai sembilan bilik air dan bilik untuk berehat.

Ruang belakang Rihanna yang mempunyai keluasan 6,000 kaki persegi itu juga mempunyai ruang tambahan untuk BBQ dan jacuzzi.

Rumah tersebut juga mudah untuk dijaga memandangkan semua benda di dalamnya termasuk lampu, pintu, penggera serta pendingin hawa juga menggunakan alat kawalan jauh.

Penyewa rumah ini mempunyai jiran-jiran yang berprofil tinggi termasuk Seal, Heidi Klum dan Tom Brady yang juga menetap di kawasan berhampiran.

Tahun lepas, Rihanna membeli sebuah rumah lima bilik di Barbados dan dia telah memberikan rumah tersebut kepada ibunya, Monica Braithwaite.

0 comments:

Post a Comment