Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

PENJARING gol tunggal kemenangan Manchester United ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal 1-0 kelmarin, Robin van Persie menganggap pasukannya meraih enam mata, bukannya tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

Kemenangan membolehkan United kini naik ke tangga kelima dan hanya ketinggalan lima mata di belakang Arsenal yang terus kekal di tangga teratas.

Sebelum perlawanan, United ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal dan andai mereka tewas, tentunya United bakal ketinggalan 11 mata di belakang Arsenal.

“Kami nyaris menjadi 11 mata di belakang Arsenal tetapi kemenangan ini meletakkan kami kembali di kedudukan terbaik. Ia memang satu kemenangan cukup besar, umpama enam mata diraih.

“Kami tahu apa pasukan lain sudah lakukan sebelum perlawanan, jadi kami anggap ia perlawanan wajib menang. Saya sentiasa berfikiran positif dan sesuatu yang baik apabila kami dapat melakukannya,” kata Van Persie.

0 comments:

Post a Comment