Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment


Mungkinkah kebanjiran telefon pintar berpaparan melengkung di pasaran menjadi inspirasi kepada Apple untuk menghasilkan produk yang ergonomik?

Apple dilaporkan sedang dalam fasa awal penghasilan rekaan terbaru iPhone.Telefon pintar ini dikatakan mempunyai skrin melengkung yang lebih besar,selain penggera yang lebih sensitif dalam mengesan tahap tekanan.

Menurut satu sumber terdekat syarikat itu,penggera itu berkeupayaan untuk mengenal pasti antara sentuhan ringan atau berat.Laporan daripada Bloomberg pula berkata,reka bentuk terbaru dua model iPhone ini adalah lebih besar; dalam purata 4,7 inci ke 5.5 inci beserta paparan melengkung.

Seperti sedia maklum,Apple bukanlah pengeluar telefon pintar pertama yang akan memuatkan paparan melengkung; bulan lalu Samsung telah mempekenalkan Galaxy Round yang mempunyai teknologi yang sama.Malah,Samsung boleh dianggap sebagai pelopor reka bentuk eliptikal itu.

LG pula dijangka untuk mengumumkan telefon pintar berpanel OLED yang fleksibel tahun hadapan. -SARA KHALID

0 comments:

Post a Comment