Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

JOHOR BAHRU – Johor menggariskan lima tumpuan utama untuk menjadi panduan kepada semua pengarah dalam syarikat miliknya – Johor Corporation -  bagi memastikan tadbir urus yang berintegriti.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan itu penting bagi meningkatkan kepercayaan dan hubungan langsung antara pemegang saham dan pelabur.

Tumpuan itu ialah kewajipan untuk bertindak dengan niat baik dan tujuan yang betul, menunaikan kewajipan untuk menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah, kebergantungan maklumat dan nasihat, kewajipan untuk memastikan dividen yang diisytiharkan adalah daripada keuntungan dan bukan modal serta tugas untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham.

“Menjadi pengarah yang bertanggungjawab dan berintegriti tidak semudah yang dibayangkan, apatah lagi aspek integriti sangat diberi perhatian, dan kita sentiasa diperhatikan,” katanya semasa merasmikan Persidangan Pengarah-pengarah Johor Corporation 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Mohamed Khalid yang juga pengerusi Johor Corporation, berkata sebagai entiti kerajaan negeri yang penting, sistem tadbir urus syarikat tersebut perlu sentiasa disemak dan diperbaiki agar relevan dalam persaingan global.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pula berkata persidangan dua hari yang diadakan dua tahun sekali itu dihadiri 200 peserta.

Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan fidusiari setiap pengarah syarikat terhadap isu-isu semasa dan perkembangan terkini yang berkaitan dengan tadbir urus korporat.

Beliau kemudiannya mewakili Johor Corporation untuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat sebagai komitmen syarikat itu bagi mendukung Prinsip Pencegahan Rasuah Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment