Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

NAMA aktres Tyas Mirasih barangkali masih kedengaran asing bagi penggemar industri hiburan tempatan atau pun penggemar filem serta sinetron dari Indonesia.

Penampilan Tyas dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob disamping pelakon yang sedang meningkat naik, Syazwan Zulkifli tahun lalu dikatakan punca kisah mereka.

Bukan gandingan dalam filem yang menjadi perhatian, sebaliknya kisah Syazwan yang dikatakan menjadi orang ketiga sehingga membuatkan hubungan Tyas dan kekasihny aktor, Keith Foo terlerai.

Tidak menafikan mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Sayzwan, Tyas bagaimanapun menegaskan, Syazwan bukanlah punca perpisahannya dengan Keith yang juga merupakan pelakon berasal dari Malaysia dan terkenal di Indonesia.

“Cerita mengatakan kami bercinta itu tidak benar sama sekali dan ianya hanya gosip, begitu juga dengan cerita yang mengatakan Syazwan menjadi punca perpisahan saya dengan Keith.

“Semasa penggambaran, saya masih bersama Keith dan dia juga tahu saya di sini. Tapi apa yang penting saya dan Keith berpisah atas masalah kami sendiri dan bukan berpunca daripada Syazwan,” jelasnya.

Tyas atau nama sebenarnya Tyas Mirasih Endah, 26 berkata, mereka kelihatan rapat ketika di set penggambaran hanya semata-mata untuk membina keserasian apatah lagi dalam filem Laga mereka memegang peranan sebagai pasangan kekasih dan tentu sekali ia adalah kerjasama pertama di antara mereka.

“Bila mendengar gosip itu saya hanya tertawa. Apa yang penting tidak sukar mendapatkan keserasian kerana Syazwan tidak sombong, kelakar dan senang diajak berbual,” katanya yang turut mengesahkan sudah mempunyai kekasih baru.

Bersetuju dengan kenyataan Tyas, Syazwan berkata hubungan mereka tidak pernah lebih daripada seorang kawan dan baik dia, Tyas mahu pun Keith tahu akan perkara itu.

Di tebak adakah kisah percintaan mereka sengaja disensasikan untuk menarik perhatian penonton, Syazwan menegaskan dia tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana Laga sudah mempunyai keistimewaan tersendiri tanpa perlu disogok dengan publisiti murahan.

“Saya pada mulanya ada terasa apabila orang kata saya sebagai punca perpisahan mereka. Tapi apa yang penting kami tahu cerita sebenar dan tidak perlu lagi dijelaskan dengan lebih lanjut.

“Apa yang penting saya senang bekerjasama dengan Tyas kerana sebagai seorang pelakon yang dikenali di Indonesia, Tyas tidak pernah bersikap diva di sini, senang di ajak berbincang dan banyak membantu saya dalam lakonan, di samping pengarah dan pelakon senior yang lain,” tegasnya.

Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Syazwan dan Tyas, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

Naik seiring kontroversi?

Dalam pada itu, mendekati jejaka yang mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana ini, Syazwan boleh dikatakan menjadi antara pelakon baru yang sedang mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan peminat bahkan penerbit dan pengarah di negara ini.

Menolak apabila dikatakan lebih popular berbanding Johan As’ari, Syazwan berkata kerjaya lakonan adalah tuah masing-masing dan soal populariti bukan sebuah ukuran yang besar.

Bagaimanapun dalam keberkesanan lakonannya, ada yang mengatakan, Syazwan naik kerana beberapa siri kontroversi yang menjadi perhatian ramai. Antaranya adalah isu pelanggaran kontrak, kemalangan dan kisah percintaan.

“Saya rasa ia bukan suatu perkara yang melucukan bila ada yang kata saya kemalangan kerana mahu cari publisiti murahan, sengaja cari pasal untuk di saman kerana mahu mencari publisiti murahan.

“Saya belum gila lagi untuk buat semua itu kerana publisiti. Apatah lagi kejadian kemalangan itu turut melibatkan nyawa orang lain.

Bagi saya publisiti bukanlah satu perkara penting kerana apa yang penting adalah hasil kerja kita.

“Malah saya rasa kelakar apabila orang kaitkan saya dengan Nabila Huda dan bagai menjadi trend apabila artis lelaki rapat dengan artis perempuan orang kata bercinta. Jadi bila saya rapat dengan artis lelaki maknanya saya gay?,” ujarnya.

Mahu jadi pelakon versatil

Di sebalik kisah kontroversi yang datang satu persatu, ada yang istimewa dengan diri Syazwan.

Keberkesanannya dalam menjayakan apa sahaja watak yang diberikan membuatkan ada yang merasakan, Syazwan adalah bakal Hero Malaya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, ujar Syazwan, dia tidak rasa layak untuk bergelar Hero Malaya kerana tidak pasti apakah akan bergelar pelakon untuk tempoh masa yang lama lagi.

“Perjalanan saya masih jauh. Bagi saya hero Malaya itu sesuai diberikan kepada Datuk Rosyam Nor dan untuk berada di tahap lakonan Remy Ishak pun masih jauh lagi.

“Mana tahu sekarang saya popular, tapi untuk tahun seterusnya apa nasib saya, saya sendiri tidak tahu.

“Namun apa yang penting, setiap kali saya berlakon, saya akan cuba buat yang terbaik. Kalau pun saya bawa watak jahat, saya pastikan kejahatan itu tidak sama dengan watak yang saya bawakan sebelum ini.

“Sebab itu bila saya popular dengan Juvana, orang panggil saya Apek, selepas itu Carlos, kini bila saya berlakon dalam Jodoh Itu Milik Kita, orang kenali saya sebagai Syafiq. Jadi saya tahu, setiap kali saya menjayakan watak jahat, orang sentiasa kenal saya dengan watak yang baru,” katanya.

Harap tuah di Malaysia

Sementara itu, bagi Tyas pula dia berharap mempunyai tuah di Malaysia dan dirinya akan diterima selepas penayangan filem Laga Januari depan.

Tyas juga turut meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berlakon bersama barisan pelakon handalan tanah air.

Ujar bintang sinetron Bayu Cinta Luna ini, kesempatan bekerja dibawah produksi Malaysia memberi satu pengalaman baru.

“Bila saya dapat skrip, saya baca dan dapat tahu pelakon lain yang akan turut serta adalah barisan pelakon hebat Malaysia. Saya jadi risau dan gementar. Tapi bila difikirkan semula, mengapa tidak terima tawaran ini. Lagipun saya suka dengan jalan cerita filem ini.

“Saya juga bangga dapat bekerjasama dengan produksi di sini. Mereka semua mengalu-alukan kehadiran saya dan kita saling bantu membantu.

Apatah lagi ada perbezaan tentang cara bekerja di sini dan di Indonesia kerana di sana penggambaran akan berjalan dari pagi hingga awal pagi keesokan harinya. Tapi di sini, jadual penggambarannya lebih jelas dan ada masa juga untuk berehat.

“Saya harap menerusi filem Laga ini boleh membuat ramai lagi penonton Malaysia mengenali saya. Malah kalau ada tawaran, saya mahu lagi bekerjasama dengan produksi di sini,” ujarnya.

Tidak mahu seksi lagi

Dalam pada itu, Tyas berkata dia juga tidak lagi menerima tawaran yang memerlukan dia memakai pakaian seksi sama ada di Indonesia atau di sini.

Mengakui tidak mahu lagi dikenali dengan imej seksi, Tyas berkata dia memang sudah lama menolak menjayakan watak yang memerlukan dia berimej seksi.

“Saya akui dulu ada menerima tawaran yang wataknya agak seksi. Tapi kini tidak lagi. Saya mahu lebih dikenali kerana mutu lakonan dan bukannya kontroversi,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment