Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment
Ahmad Husaini

SEREMBAN - Di sebalik usaha menjaga hal ehwal agama, mungkin tidak ramai tahu, penguatkuasa majlis agama Islam juga tidak lari dari menerima ancaman pihak tidak dikenali.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Husaini Mustafa berkata, sepanjang beliau berkhidmat di bahagian penguatkuasaan, banyak ancaman diterima, namun beliau menganggap ia hanyalah sekadar ancaman biasa yang hanya mahu menjatuhkan semangatnya.

Menurutnya, setiap ancaman diterima, beliau hanya dibiarkan begitu sahaja, kerana percaya itu hanyalah sekadar luahan perasaan oleh individu yang tidak berpuas hati dengan kerja atau serbuan dilakukan pasukannya.

“Namun demikian, terdapat juga anak buah saya yang menerima ugutan bunuh. Ancaman sebegitu biasanya kita akan membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan mereka.

“Bagaimanapun, saya sentiasa menasihatkan kepada anak-anak buah supaya lebih berani dalam melaksanakan tugas, demi memastikan hal-hal keagamaan ini tidak diperlekehkan sebegitu sahaja. Tugas perlu dilakukan seperti biasa, walaupun terdapat pelbagai ancaman mahupun kejadian yang berlaku sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ahmad Husaini berkata, insiden berlaku terhadap Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Ab Malik tidak akan meluntur semangat pasukannya untuk terus melakukan kerja-kerja penguatkuasaan.

“Apa yang berlaku itu sudah ditentukan oleh Tuhan terhadap hamba-Nya. Walaupun saya sedih dengan cara kematian yang menimpa Allahyarham, namun saya menganggapnya itu sebagai satu dugaan dalam melaksanakan tugas.

“Kerja yang kita lakukan ini sudah tentu berdepan dengan pelbagai risiko, apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa dan sentiasa mempertingkatkan tahap keselamatan diri semasa melakukan tugas,” katanya.

Beliau bagaimanapun berharap agar pihak berkaitan dapat membuat penambahbaikan, khususnya dari segi peralatan keselamatan kepada semua anggota penguatkuasaan jabatan agama Islam ini. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment