Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) menghantar pasukan Rapid Deployment Squad (RDS) ke Filipina bagi membantu rakyat negara itu yang terjejas akibat bencana Taufan Haiyan baru-baru ini.

Setiausaha Agung PBSM Malaysia, Datuk Noordin Ab. Razak berkata, skuad tersebut akan diketuai oleh Pengerusi Pengurusan Bencana dan Jawatankuasa Kecemasan PBSM, Datuk Wira Dr. Bahari Abu Mansor.

“Sebagai salah satu daripada 184 persatuan kebangsaan yang bernaung di bawah Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah, PBSM akan menghantar pasukan RDS dan sukarelawan membantu Bulan Sabit Merah Filipina di sana,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noordin dalam pada itu berkata, Bulan Sabit Merah Filipina memaklumkan ratusan ribu mangsa kini ditempatkan di pusat perlindungan kerana lebih 90 peratus infrastruktur di kawasan kejadian musnah.

Menurutnya, Bulan Sabit Merah Filipina menjangkakan lebih 25 kawasan dilanda Taufan Haiyan dan pasukan Bulan Sabit Merah termasuk dari Malaysia sedang bersiap sedia untuk memasuki kawasan itu selepas mendapat kebenaran.

Bulan Sabit Merah Filipina turut memaklumkan anggota pasukan tersebut melaporkan banyak kecederaan dan kemusnahan berlaku dalam kejadian tersebut.

Kira-kira 944,586 keluarga atau 4,283,290 orang terjejas dalam kejadian itu dengan 71,623 keluarga atau 330,914 orang mendapat perlindungan di 1,223 pusat pemindahan dan sebanyak 3,438 rumah rosak terus manakala 2,055 lagi musnah.

Sehubungan itu, PBSM turut menyeru orang ramai dan sektor korporat untuk memberi bantuan derma kepada rakyat Filipina melalui PBSM dengan menghubungi talian 03-2143 8122 atau 03-2142 8122.

“Derma kepada PBSM untuk membantu mangsa Taufan Haiyan ini mendapat pengecualian cukai,” katanya.

0 comments:

Post a Comment