Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM107 juta diperlukan untuk membantu kira-kira empat juta kanak-kanak Filipina yang menjadi mangsa Taufan Haiyan baru-baru ini.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kenyataan media memberitahu, kanak-kanak terbabit amat memerlukan bantuan itu selepas lima hari terkesan dengan bencana alam tersebut.

“UNICEF memohon bantuan global sebanyak RM107 juta untuk membantu kanak-kanak ini. Permintaan ini adalah anggaran awal untuk keperluan kanak-kanak tersebut bagi tempoh enam bulan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut UNICEF, empat juga kanak-kanak Filipina amat memerlukan bantuan berkenaan kerana mereka kini hidup tanpa kemudahan elektrik, air bersih, makanan dan ubat-ubatan.

Wakil UNICEF di Malaysia, Wivina Belmonte dalam kenyataan sama berkata, golongan kanak-kanak paling terkesan akibat kejadian itu dan memerlukan bantuan segera.

Kira-kira empat juta kanak-kanak Filipina kini kehilangan tempat tinggal dan sekolah, mengalami isu kebersihan malah ada yang mengalami kecederaan atau trauma.

Belmonte berkata, sebahagian sumbangan bagaimanapuin sedang dihantar termasuk tandas bergerak dan barangan keperluan seperti sabun, barang pembelajaran dan rekreasi.

0 comments:

Post a Comment