Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KOTA BAHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang untuk memperluaskan perkhidmatan van kaunter bergeraknya ke Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Arifin Che Mat berkata ia bertujuan memudahkan orang ramai terutama di kawasan pedalaman kedua-dua negeri itu mendapat perkhidmatan jabatan itu.

Selain itu, JPJ akan menambah 12 van kaunter bergerak untuk memudahkan orang ramai di Semenanjung Tanah Melayu berurusan dengan jabatan itu, bulan hadapan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata ketika ini hanya terdapat tiga van kaunter bergerak di setiap zon utara, selatan dan pantai timur semenanjung.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment