Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

One Comment

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru negara-negara Islam supaya membantu rakyat Filipina yang terjejas akibat Taufan Haiyan pada 10 November lalu.

Setiausaha Agungnya, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, negara anggota OIC wajar menghulurkan bantuan kecemasan untuk mengurangkan bebanan akibat bencana alam yang belum pernah berlaku tersebut.

“Kita bersedih dengan kepayahan yang dialami rakyat Filipina akibat kemusnahan bencana alam. Kami menyeru negara anggota OIC memberi bantuan kemanusiaan yang sepatutnya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ihsanoglu berkata, antara bantuan yang wajar diberikan seperti perubatan, makanan dan kewangan kepada mangsa-mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Menurutnya, bantuan itu perlu dihantar segera kepada mereka yang memerlukan dan OIC bersedia untuk menyumbang secara berkesan kepada usaha kemanusiaan tersebut.

“Setiausaha Agung OIC telah mengarahkan jabatan terlibat untuk mengambil langkah segera untuk memberi bantuan segera kepada mereka yang terjejas,” kata kenyataan itu.

1 comments:

  1. kerja OIC tgk masalah2 mcm ni je ke?isu syria,palestin,mesir apa OIC buat??

    ReplyDelete