Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

Selepas filem Amanda Knox: Murder on Trial in Italy, kali ini pihak produksi berminat pula untuk menterjemah semula kes pembunuhan yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa itu.

Filem kali ini akan membariskan pelakon terkenal Kate Beckinsale yang membawa watak sebagai seorang pemberita yang ditugaskan membuat liputan mengenai kes pembunuhan pelajar Britisih, Meredith Kercher yang terjadi pada November 2007.

Namun menurut pihak produksi, filem The Face of an Angel tidak akan menfokuskan kepada kejadian jenayah itu sebaliknya lebih memberi perhatian kepada kehidupan jurnalis yang ditugaskan untuk kes terbabit.

Kes pembunuhan ini pernah menggemparkan seluruh dunia di mana teman serumah Meredith iaitu Amanda telah dituduh membunuhnya bersama teman lelaki Amanda, Raffaele Sollecito.

Mereka telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup namun telah di bebaskan pada 2011 selepas mahkamah rayuan menarik kembali keputusan tersebut pada tahun tersebut.

Kes ini mendapat liputan meluas daripada tiga negara terutamanya di Itali, negara kelahiran si mangsa, United Kingdom dan tempat asal Amanda sendiri, Amerika.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment