Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk memisahkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada lima entiti berlainan bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu berhadapan tentangan kuat daripada kesatuan pekerja TNB.

Ia apabila sebanyak empat kesatuan pekerja yang mewakili lebih 30,500 pekerja TNB dalam satu kenyataan bersama hari ini menyelar cadangan tersebut dan berazam mempertahankan TNB sebagai sebuah entiti tunggal.

Kesatuan terbabit adalah Persatuan Eksekutif TNB (PETNB), Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB (KPPPTNB), Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (Perunika).

“Kami yang mewakili lebih 30,500 pekerja TNB berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Tenaga untuk memisahkan TNB kepada lima entiti. Semua pihak yang berhasrat demikian perlu menghormati pekerja TNB dan tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu.

“Perkembangan ini meresahkan pekerja TNB. TNB akan kekal sebagai satu entiti bersepadu dalam industri perbekalan elektrik negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PETNB, KPPPTNB, TNBJOU dan Perunika telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tenaga hari ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Justeru, keempat-empat kesatuan terbabit memberi amaran kepada semua pihak yang berhasrat memisahkan TNB kepada lima entiti supaya tidak membangkitkan lagi cadangan berkenaan,

“Kami bersedia mempertahankan TNB daripada dipisahkan dengan apa cara sekalipun,” tegas kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Yang Dipertua PETNB, Abdul Shukor Hassan; Presiden KPPPTNB, Abu Hussin Nekmat; Presiden TNBJOU, Mohd. Roszeli Majid dan dan Yang Dipertua Perunika, Nekmat Md. Seh.

Media pada 8 November lalu melaporkan Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya TNB dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.

Bagi merealisasikan cadangan itu, Suruhanjaya Tenaga yang menyelia inisiatif IBR dikatakan dalam proses rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan, mengenai cadangan pemisahan yang akan menyaksikan TNB beroperasi di bawah lima entiti berasingan untuk memudahkan akaun setiap unit perniagaan berkenaan dipantau.

IBR adalah rangka kerja penetapan tarif elektrik baru Suruhanjaya Tenaga yang menyasar meningkatkan tadbir urus kawal selia industri tenaga domestik, di samping memberikan insentif kepada TNB untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Ujian selama setahun inisiatif IBR sepatutnya bermula pada September lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan kerana kerajaan perlu memberi keutamaan terlebih dulu kepada pengurangan subsidi bahan bakar.

Suruhanjaya Tenaga dikatakan sudah mengemukakan cadangan yang menggunakan model pasaran terurus untuk mengasingkan TNB kepada lima entiti perniagaan manakala pengeluar tenaga bebas (IPP) pula akan membentuk entiti keenam.

Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya Tenaga Nasional Bhd (TNB) dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.

0 comments:

Post a Comment