Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

IPOH – Polis menahan tiga individu termasuk seorang suspek utama kes bunuh di Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai di sini Sabtu lepas, dalam tempoh 48 jam selepas kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30-an, termasuk seorang wanita ditahan di sekitar bandar raya Ipoh.

“Dua individu termasuk seorang wanita yang ditahan itu merupakan suspek secara langsung dan tidak langsung. Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih menjurus kepada dendam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Ipoh di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya polis tidak menolak kejadian itu berkaitan motif lain seperti penglibatan dalam kumpulan kongsi gelap dan polis kini dalam usaha mengesan suspek lain bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian pada 2.30 petang Sabtu lepas, S. Susindran, 22, maut ditetak di kepala, badan, kaki dan tangan oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di rumah sewanya di Hala Pulai Timur 7, Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment