Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

ALOR SETAR – Setiap negeri perlu mengambil peranan aktif menghalang penularan fahaman Syiah dan menggunakan undang-undang serta enakmen anti-Syiah terhadap mereka yang terlibat dengan fahaman itu.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Syiah merupakan satu fahaman ‘politik’ yang mempunyai agenda tersendiri untuk menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata amat membimbangkan, ada tanda awal menunjukkan ahli fahaman songsang itu cuba menyemarakkan lagi fahaman kepada rakyat negara ini sekaligus memesongkan akidah mereka terutamanya di kalangan generasi muda.

“Saya sendiri perhatikan dalam Facebook, orang muda sekarang ini menzahirkan kekaguman mereka terhadap kerajaan Syiah yang dianggap kerajaan Islam yang berani dan lantang berhadapan dengan Israel.

“Sebenarnya mereka (Syiah) mempunyai matlamat dan agenda tersembunyi dan lebih besar. Di negara ini kita lihat penganut fahaman Syiah sanggup memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Itu unsur dalam Syiah,” katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Wacana Pemantapan Akidah di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Katanya fahaman itu lahir untuk merebut kuasa dan sanggup menghalalkan darah umat Islam yang mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Asyraf Wajdi berkata generasi muda kini keliru antara akidah Ahli Sunnah mdengan Syiah dan penerangan perlu dilakukan pihak berwajib bagi membolehkannya difahami agar tidak dipesongkan oleh fahaman Syiah.

Apa yang membimbangkan ahli fahaman Syiah kini berani berdepan dengan orang ramai tanpa mengira tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka yang terlibat menyebarkan fahaman terlarang itu, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment