Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksana April tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat Isnin, pemilihan anggotanya pula dijangka dibuat pada Februari 2014.

Beliau berkata, kementeriannya meningkatkan jumlah daftar pemilih, yang terdiri daripada belia berusia 18 tahun hingga 30 tahun, daripada 17,155 orang pada Mei 2013 kepada 70,181 orang setakat hari ini.

“Jumlah daftar pemilih belia mengalami peningkatan 310 peratus, boleh kita lihat sejak penubuhan skuad pendaftaran Parlimen Belia dan gerakan bersepadu di peringkat negeri bulan Mei lalu,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) di persidangan Dewan Rakyat.

Noor Ehsannuddin ingin mengetahui status PBM dan kesudahannya kepada belia yang menyertainya.
PBM memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan anggota persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara.

Pemilihan anggota PBM adalah berdasarkan kepada taburan populasi belia mengikut negeri dan seramai 119 anggota PBM yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun dipilih secara ‘online’ melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) di http://www.parlimenbelia.gov.my oleh pemilih belia yang berdaftar.

Dalam PBM, sembilan jawatankuasa dibentuk membabitkan sosioekonomi; hubungan antarabangsa dan diplomatik; pendidikan dan kerjaya; kebudayaan, sukan, patriotisme dan integrasi; pembangunan masyarakat dan kesihatan; teknologi dan inovasi serta modal insan bagi membincangkan pelbagai isu mengikut bidang.

“Objektif kami iaitu melahirkan pemimpin muda berfikiran terbuka daripada segi idea melalui perbahasan pelbagai isu dan usul yang telah ditetapkan akan dibentangkan kepada Parlimen untuk dipertimbangkan,” kata Khairy. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment