Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menggesa ahli-ahlinya membuat penamaan untuk simpanan mereka bagi memastikan orang tersayang mendapat perlindungan sekiranya ahli meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kajian menunjukkan tidak ramai berbuat demikian walaupun menyedari pentingnya hal tersebut.

Beliau berkata setakat 30 Sept, bilangan penamaan ialah 3.57 juta, pertambahan 4.55 peratus berbanding tempoh sama pada 2012.

Bagi menggalakkan ahli membuat penamaan, KWSP melancarkan kempen pengiklanan bertemakan “Lindungilah Orang Tersayang” di radio dan akhbar, selama 19 hari bermula hari ini.

Promosi akan juga diadakan di kaunter perkhidmatan KWSP, laman facebook (KWSP) dan twitter (KWSPBuzz).

Nik Affendi berkata borang penamaan (KWSP4) perlu dikemukakan oleh ahli sendiri ke cawangan terdekat KWSP dan membawa bersama kad pengenalan mereka.

Sekiranya borang tersebut telah lengkap termasuk ahli menurunkan cap ibu jari dan tandatangan saksi, ahli tidak perlu membawa saksi bersama ke KWSP.

Beliau mengingatkan bahawa ketiadaan penamaan, keluarga ahli yang telah meninggal dunia berhadapan dengan proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

“Ini melibatkan keperluan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau perintah pembahagian dari pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong tuntutan mereka dan mungkin dikenakan bayaran.
“Ahli perlu tahu bahawa penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis” kata Nik Affendi.

Dalam pada itu, KWSP menggalakkan ahli mengemaskini penamaan mereka apabila terdapat perubahan kepada kehidupan mereka seperti perkahwinan, perceraian atau kelahiran anak.

Borang KWSP 4 boleh diperoleh dari cawangan KWSP terdekat atau dimuat turun dari laman myEPF di www.kwsp.gov.my.

Untuk maklumat lanjut ahli boleh hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 (8 pagi hingga 6 ptg dari Isnin hingga Jumaat) atau mengemukakan soalan secara online di http://enquiry.kwsp.gov.my  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment