Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 40 peratus sumber tenaga yang boleh diperbaharui diluluskan di negara ini berpunca daripada solar, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada 520.48 megawatt yang telah diluluskan, 208 megawatt atau 40 peratus daripada jumlah kapasiti tersebut adalah daripada sumber solar.

Kelulusan tersebut adalah bagi kuota yang ditawarkan sehingga separuh tahun pertama 2015, katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah).

Dr Azman ingin mengetahui setakat mana kejayaan negara dalam mewujudkan sumber tenaga hijau khususnya tenaga suria. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment