Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 9, 2013

No Comment
Lim Kit Siang

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilanjutkan usia hingga 100 tahun bagi menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya pengaruh 'Mahathirisme di negara ini.

Walaupun mendakwa Mahathir berkata mahu pemimpin vateran DAP itu 'mati', Kit Siang mengakui tidak cepat melatah dengan kenyataan yang dikenakan kepadanya.

Kit Siang mendakwa kenyataan itu juga bersangkut paut dengan misi Mahathir pada PRU13 lalu apabila berkempen di Parlimen Gelang Patah dengan menyifatkan kawasan itu sebagai 'kubur' politik beliau.

"Sebelum PRU13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi 'kubur' saya.

"Seruan itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya 'terperangkap' di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah 'tamat'," dakwa beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian untuk mengulas lanjut kenyataan bekas Presiden Umno itu dalam blognya baru-baru ini yang bertanyakan tempoh persaraan Kit Siang sambil mengaitkan kematian beliau.

Selain itu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri itu sebagai bermain politik rendah dan tidak bermoral apabila memfitnah beliau cuba menimbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu sedangkan perkara itu tidak berlaku.

"Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum untuk bekerjasama dan menyokong PR sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas.

"Saya merasa lega pada malam keputusan pilihan raya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu.

"...ini membuktikan bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman," dakwanya.

Dakwanya lagi, antara faktor merosotnya pengaruh Mahathir ialah apabila anaknya, Datuk Mukhriz gagal merebut salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan bulan lalu.

Kit Siang turut mengaitkan kegagalan Mahathir apabila BN tidak berupaya merampas kerusi Dun Sungai Limau walaupun beliau sendiri turun berkempen.

0 comments:

Post a Comment