Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan mengadakan latihan kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan esok.

PLUS dalam satu kenyataan media memberitahu, latihan itu akan diadakan di KM38.1 hingga KM39.1 (arah selatan) iaitu antara Jitra dan Hutang Kampung.

“Latihan ini akan berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengahari. Sehubungan itu pengguna lebuhraya diminta berhati-hati dan mematuhi arahan lalulintas yang dikeluarkan oleh PLUS dan polis,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, latihan kecemasan itu anjuran bersama PLUS, Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan pihak berkuasa.

Jelas kenyataan itu, latihan tersebut bertujuan menguji kecekapan dan kemahiran anggota pasukan menyelamat ketika menghadapi kemalangan di lebuhraya.

0 comments:

Post a Comment