Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Seorang buruh pengumpul sampah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merempuh seorang anggota polis trafik yang boleh menyebabkan kematian, dua minggu lepas.

M. Rajakumar, 30, didakwa merempuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Koperal Mohd Redzuwan Mostapa, 24, dengan niat hendak melarikan diri daripada pemeriksaan, yang boleh menyebabkan kematian menggunakan kereta jenis Nissan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan 9, Felda Bukit Cherakah, Sungai Buloh pada 1.40 pagi 31 Okt lepas mengikut Sekyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Dis untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment