Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Maybank menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Palang Merah Filipina untuk membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian Taufan Haiyan baru-baru ini.

Kumpulan perbankan itu beroperasi di Filipina menerusi anak syarikatnya, Maybank Philippines Inc., yang memiliki 69 cawangan.

Haiyan, satu daripada siklon tropika paling kuat pernah dicatatkan, telah mengakibatkan kemusnahan teruk di bahagian tengah Filipina, terutamanya di Samar Island dan wilayah Leyte.

Maybank dalam satu kenyataan berkata sumbangan itu akan digunakan khusus bagi menyediakan perubatan tambahan, makanan dan bekalan air bergerak di Tacloban City, yang dilaporkan paling teruk terjejas, dan menjadi tumpuan bantuan kemanusiaan ketika ini.

Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin berkata bank itu amat sedih dengan penderitaan dialami rakyat Filipina yang kehilangan nyawa serta harta benda.

“Kami berharap sumbangan kami akan memberi kelegaan kepada mereka yang amat memerlukan dan membantu mereka membina semula kehidupan mereka,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment