Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

JIKA  sesuatu itu sudah menjadi satu kebiasaan, agak sukar untuk merancangkan sesuatu yang luar biasa untuk dijadikan memori yang sukar dilupakan.

Sebagai contoh, lamaran perkahwinan. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki khususnya di Barat untuk berlutut di hadapan wanita dicintainya dan bertanya “Sudikah awak berkahwin dengan saya?” sambil memegang sebentuk cincin.

Jadi, agak sukar untuk seorang lelaki pada zaman ini untuk menjadikan lamaran itu sesuatu yang istimewa, unik dan lain dari yang lain.

Bagi seorang lelaki Lee Vernon, beliau terpaksa menggunakan khidmat pasukan koir, penari dan juga sebuah pasukan pancaragam semata-mata untuk memastikan lamarannya berbeza daripada lelaki lain.
Kesemua persembahan itu memakan masa enam minggu untuk dirancang.

Teman wanitanya seorang model Sophie Shimwell berkata beliau tidak menjangkakan semua acara itu dibuat untuk lamaran Lee kepadanya di pusat bandar Nottingham.

Selepas selesai tarian flash mob dan pasukan pancaragam masuk, Lee yang berusia 20 tahun terus berlutut dan bertanyakan soalan berkenaan kepada teman wanitanya yang berusia 19 tahun.

“Ia sesuatu yang menakjubkan, saya terus dengan pantas menjawab ya. Siapa rasanya akan menjawab tidak apabila kesemuanya dirancang sehebat itu?” kata Shimwell.

Lee yang merupakan seorang pemilik Cafe berkata beliau gementar tetapi lega selepas berjaya memujuk teman wanitanya untuk menjawab ‘ya’.


0 comments:

Post a Comment