Tuntutan etnik Kachin menubuhkan parti politik dipersetujui Myanmar.
YANGON - MYANMAR - Pemimpin etnik minoriti Kachin di Myanmar mengalu-alukan keputusan kerajaan membenarkan mereka membentuk parti politik sebagai langkah ke arah mencapai keamanan.
Memetik laporan AFP, ketika pilihan raya 2010, bekas junta tentera menghalang etnik Kachin terbabit dalam pilihan raya pertama dengan menafikan pembabitan mereka untuk menjadi calon.
Bagaimanapun, pada pemilihan Parlimen yang diadakan awal 2015 nanti, kumpulan etnik itu dibenarkan bertanding di bawah Parti Demokrasi Kachin.
0 comments:
Post a Comment