Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

ATHENS (Ohio) – Dengan universiti yang mantap di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya pelajar Amerika menganggap negara Asia Tenggara sebagai destinasi untuk menimba ilmu dan penyelidikan.

Malaysia, katanya, tidak sepatutnya diletakkan dalam kategori terpencil dalam destinasi untuk menuntut ilmu di seberang laut sebaliknya disenaraikan sebagai negara pilihan untuk tujuan itu.

“Malangnya, kami hanya mempunyai beberapa kerat pelajar Amerika di universiti-universiti kami. Kami mempunyai ramai penuntut dari China, Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah yang belajar di unversiti-universiti kami tetapi (penuntut) dari Eropah dan Amerika hampir tidak mencukupi,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam ucaptama apabila melancarkan Program Outreach Malaysia@ Ohio University (OU): Meraikan Lima Dekad Kerjasama Strategik di kampus OU di sini pada Selasa.

Selain menempatkan universiti-universiti yang diberi nilai oleh pelbagai ranking antarabangsa dan senarai kedudukan, beliau berkata Malaysia mempunyai begitu banyak untuk ditawarkan dalam bidang-bidang seperti penyakit tropika, perubatan komplimentari dan biodiversiti.

Dalam ucapannya yang bertemakan ‘Pendidikan Tinggi Malaysia dalam Abad ke-21′, Muhyiddin berkata pengamal pendidikan dan pemimpin kerajaan di seluruh dunia mengiktiraf impak dengan mempunyai pelajar antarabangsa dalam kampus masing-masing kerana ini akan membawa kepada persenyawaan silang idea dan pemikiran.

Beliau menganggap ini akan menjurus kepada pemerkayaan dan pengukuhan dalam pelbagai bidang akademik termasuk kualiti dan kepelbagaian anggota fakulti, hasil penyelidikan yang meluas dan mendalam, penghargaan yang lebih dekat dan pemahaman isu-isu silang budaya.

Muhyiddin menyampaikan ucaptamanya di hadapan audiens termasuk Presiden OU Dr Roderick J. McDavis dan pemimpin utama lain universiti itu.

Mengulas mengenai mobiliti pelajar, Muhyiddin berkata pada masa ini terdapat 6,900 pelajar Malaysia di universiti-universiti seluruh Amerika.

Sambil menegaskan bahawa Malaysia telah mengantarabangsakan ‘varsityscape’ begitu banyak kampus Amerika sejak awal abad ke-20, beliau berkata pada tahun 80an, sesetengah universiti seperti Illinois, Indiana dan Ohio mempunyai ratusan pelajar Malaysia di kampus pada bila-bila masa.

“Kampus Illinois di Carbondale walaupun mempunyai nama jolokan ‘Kampungdale’ kerana semata-mata bilangan pelajar Malaysia di kampusnya. Kami mengakui keunggulan universiti anda, dengan beberapa buah daripadanya telah wujud hampir 400 tahun.

“Semata-mata bilangannya atau rakyat Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat menunjukkan yang Malaysia yakin dengan universiti anda selama ini,” kata Muhyiddin.

Dalam ucapannya, Muhyiddin mengimbas semula sejarah hubungan OU-Malaysia, bercakap tentang maju ke hadapan dalam meningkatkan hubungan dan menawarkan pandangannya dalam sistem pendidikan Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment