Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

BELUM sempat reda keadaan di Tacloban beberapa hari selepas Filipina dilanda taufan Haiyan,hari ini satu lagi bencana alam dijangka akan memukul negara arkipelago itu.

Ribut tropika Zoraida telah tiba di Kepulauan Mindanao pada Isnin lalu dan dijangka untuk bergerak ke bahagian timur barat.

Ribut Zoraido mempunyai kelajuan angin lebih rendah daripada Haiyan iaitu cuma 70 km/h,namun pergerakannya dianggap tetap bahaya kerana sedang menghala secara langsung ke arah rantaian pulau-pulau yang paling teruk terjejas.

Laporan oleh media-media antarabangsa melaporkan bahawa bantuan makanan dan perubatan lambat tiba,menyebabkan angka kematian semakin meningkat.

Presiden Filipina Benigno Aquino telah mengisytiharkan darurat Isnin lalu serta mengesahkan bahawa 1.1b peso telah diluluskan oleh kerajaan bagi membekalkan bantuan kepada mangsa.

Ribut taufan itu dijangka hanya akan reda Khamis ini. Filipina lazimnya dilanda ribut siklon kira-kira 20 kali setahun. – SARA KHALID

0 comments:

Post a Comment