Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap akhbar The Star berhubung penyiaran artikel yang mendakwa Almarhum Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengamal ajaran sesat dan pengganas.

Ketua DPP Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, tindakan itu akan dilakukan sekiranya The Star gagal membuat permohonan maaf secara rasmi berhubung penerbitan tersebut.

“Kami memberi masa tiga hari kepada The Star untuk memohon maaf. Jika tidak berbuat demikian, kami akan membuat tindakan selanjutnya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum bantahan mengenai mengenai penyiaran artikel bertajuk “Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia” kepada The Star semalam.

Beliau mendakwa, penyiaran artikel itu mengguris hati keluarga Almarhum dan seluruh ahli PAS yang benar-benar memahami tragedi Memali tersebut.

Katanya, isu sensitif seperti itu sepatutnya diulas dengan lebih berhati-hati dengan mengambil maklumat daripada pihak yang benar.

0 comments:

Post a Comment