Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) mencadangkan lapan perkara kepada kerajaan bagi membasmi gejala rasuah di negara ini.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, cadangan itu termasuk meneruskan dakwaan ke atas mana-mana pegawai tertinggi kerajaan yang disyaki terlibat dalam kes rasuah.

“Cadangan seterusnya adalah mengkaji semula Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat.

“Kerajaan perlu juga memberi lebih autonomi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan menyediakan sumber untuk meningkatkan tahap profesionalisme agensi itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Akhbar berkata, langkah seterusnya yang dicadangkan adalah mengkaji Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan melihat semula peruntukkan denda ke atas kesalahan rasuah.

Beliau turut mengulangi gesaan mengkaji semula aspek pembiayaan politik seperti yang dicadangkan oleh TI-Malaysia dalam memorandum kepada kerajaan.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan penuh sistem pakatan integriti dalam semua perolehan kerajaan.

Tambahnya, kerajaan wajar memansuhkan kaedah rundingan terus dan tender tertutup dalam semua perolehan kerajaan.

0 comments:

Post a Comment