Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment
Keadaan kenderaan terlibat nahas berhampiran Terowong Menora.

KUALA KANGSAR - Lapan cedera manakala seorang maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 257.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, berhampiran Terowong Menora, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, membabitkan  dua treler dan dua kereta masing-masing jenis Toyota Avanza dan Nissan Latio yang dinaiki enam individu.

Kejadian yang dipercayai berlaku akibat kerosakan brek itu turut menyebabkan sebuah daripada treler berkenaan terjunam ke dalam gaung hampir  30 kaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Mohamad berkata, pemandu treler muatan tar berkenaan selamat sebelum berjaya dikeluarkan anggota penyelamat.

Menurutnya, mangsa yang maut merupakan pemandu treler muatan siling dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat  tersepit.

“Mangsa, M Ukesparen, 31, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sementara mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital sama dan dilaporkan stabil,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler muatan siling dipandu mangsa mengalami kerosakan brek.

Dua jentera dari Balai Bomba Ipoh dan Kuala Kangsar bersama 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Insiden berkenaan menyebabkan laluan kedua-dua arah sesak sepanjang lebih 10 kilometer.

0 comments:

Post a Comment