Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Cantas khas, kelmarin.

KUALA LANGAT - Sebahagian warga asing nekad bersembunyi di belakang almari selepas sepasukan polis menyerbu penempatan warga asing di Kampung Olak Lempit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kewujudan perkampungan warga asing itu bertindak melakukan intipan sebelum menyerbu lokasi yang dijadikan penempatan mereka bermula jam 11 malam.

“Dalam serbuan itu, polis melakukan pemeriksaan terhadap lebih 30 warga asing dari Nepal, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka, India dan Bangladesh.

“Hasil pemeriksaan mendapati 23 warga asing termasuk 18 daripadanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Tiga warga Nepal didapati memiliki Visa yang sudah tamat tempoh manakala dua lagi warga Myanmar dikesan melanggar syarat dengan menyalahgunakan pas lawatan dan kad UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian) palsu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan warga asing yang berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 50-an itu bekerja di sektor pembinaan berhampiran dan mereka kini ditahan selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

“Polis akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa berikutan terdapat pelbagai aduan yang diterima daripada penduduk setempat mengenai penempatan warga asing yang menimbulkan kebimbangan penduduk.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat atau balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di kawasan tersebut,” katanya.

Operasi malam minggu sempena Ops Cantas khas itu diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Rizani Che Ismail.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aduan penduduk mengenai kewujudan sebuah penempatan warga asing yang dipercayai mengganggu penduduk setempat sehingga membuat bising seperti berpesta.

0 comments:

Post a Comment