Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

Kuala Lumpur – Pesalah trafik yang mempunyai lebih 10 saman diberi pilihan sama ada ke mahkamah atau membayar saman berkenaan segera bagi mengelak mereka ditahan dalam Ops Cantas Khas Trafik yang kini sedang giat dijalankan secara berperingkat ke seluruh negara.

Dalam Op Cantas Khas Trafik yang diadakan di lima lokasi terpilih iaitu Jalan Davis menghala Bukit Bintang, Sri Petaling, Kepong, Kuchai Lama dan Lebuh raya DUKE, semalam seramai 18 individu ditahan.

Pegawai Turus Penguat Kuasa Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, 18 individu ditahan membabitkan 442 pemeriksaan di lima lokasi sekatan jalan raya itu.

Menurutnya, Op Cantas Khas Trafik itu berlangsung selama empat jam bermula kira-kira jam 10.30 pagi dengan kekuatan enam pegawai dan 30 anggota.

“Setiap individu yang ditahan memiliki sekurang-kurangnya satu waran tangkap atas kesalahan trafik.”

Seramai 13 individu menjelaskan saman berkenaan manakala selebihnya mahu ke mahkamah.

“Malah, dalam sekatan jalan raya itu, kita (trafik) turut mengeluarkan 68 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu akan diteruskan dari semasa ke semasa. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment