Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

Seorang pencuri ‘baik hati’ di China menyalin 1000 senarai nombor telefon sebelum memberikan semula kepada pemilik iPhone yang dicurinya.

Senarai nombor telefon itu pula disalin dengan tangan, menggunakan 11 keping kertas!

Menurut maklumat di media tempatan, iPhone milik Zou Bin dicuri awal bulan ini ketika dia berkongsi teksi dengan seorang penyeluk saku. Waktu kejadian dia baru pulang dari pub dalam keadaan mabuk.

Selepas menyedari telefon bimbitnya hilang, Zou Bin menghantar mesej kepada nombornya berbunyi:

“Saya tahu kamu adalah lelaki yang duduk di sebelah saya dalam teksi. Ketahuilah, tak susah pun nak cari kamu”.

Dalam mesej dihantarnya, Zou Bin turut menyuruh pencuri tersebut supaya melihat senarai temannya dalam nombor telefon, merujuk kepada geng kongsi gelap yang menjadi kenalannya.

Pesanan diakhiri supaya telefon bimbitnya segera dipulangkan ke alamat yang disertakan.

Apa yang berlaku, beberapa hari kemudian Zou Bin menerima satu bungkusan yang dihantar ke rumahnya.

Walaupun tiada iPhone yang telah dicuri, ia berisi kad SIM dan kesemua senarai nombor telefon dalam telefon bimbitnya. – REM RAMZI



0 comments:

Post a Comment