Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

AYER KEROH - Padah mencuri barang kemas rakan serumah, seorang pengawal keselamatan dihukum penjara setahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan dilakukannya tiga bulan lalu.

Tertuduh, S M Saravana Kumar, 31, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati mencuri dua utas rantai emas, tiga gelang tangan emas, dua bentuk cincin, dua pasang anting-anting, thali perkahwinan emas yang kesemuanya bernilai RM30,000 kepunyaan rakan sebiliknya, K Meenal Veerappan, 48.

Kesalahan dilakukannya di sebuah rumah di Jalan Chan Koon Cheng, Banda Hilir pada Ogos 2013 itu turut didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Saravana ketika rayuan memohon diberikan hukuman penjara minima di Penjara Taiping, Perak bagi memudahkan adik yang menetap di situ datang melawat selain dirinya mempunyai seorang bapa yang perlu ditanggung.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang melupuskan barang kemas dan menyebabkan pemilik mengalami kerugian RM30,000 kerana tidak mendapat semula kesemua barangan tersebut.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua belah pihak, Mohd Firdaus kemudian menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap tertuduh selain turut membenarkan tertuduh dipenjarakan di Taiping.

0 comments:

Post a Comment