Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Beirut – Beribu-ribu penduduk Syria dekat sempadan meredah kawasan berbukit untuk lari ke Lubnan bagi mengelak pertempuran sengit yang meledak di kawasan tengah negara itu, menurut pendedahan saksi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Mereka memenuhi dewan perkahwinan dan mendirikan pondok sementara selepas llari daripada pertempuran yang bermula Jumaat lalu, kata bekas Datuk Bandar Arsal, Bassel Hojeiri.

“Tentera gegar pergunungan Qalamoun dan mengetatkan cengkaman ke atas pengganas di Qara” Akhbar Al-Watan

Arsal yang terletak di Lubnan kini menjadi lokasi utama ramai pelarian Syria.

Tentera Syria menyerang kawasan bukit Qalamoun dari Damsyik ke Lubnan, bertujuan menghalang penghantaran bekalan ke kawasan dikuasai pemberontak di sekitar ibu negara, Damsyik.

Makanan berkurangan

Aktivis dan penganalisis berkata, pemberontak dijangka tidak akan dapat bertahan dalam pertempuran di situ kerana bekalan makanan berkurangan dan kalah beberapa kubu kuat kebelakangan ini.

Hojeiri menganggarkan kira-kira 10,000 orang melarikan diri ke Arsal, berkata kebanjiran ramai rakyat Syria sejak konflik tiga tahun itu menyebabkan penduduk di bandar itu meningkat hampir dua kali ganda.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB, Dana Sleiman, meletakkan angka keseluruhan ketibaan pelarian hujung minggu lalu kira-kira 1,000 keluarga.

Katanya, ramai tidak berdaftar dengan PBB dan mereka tidak dapat memberi angka tepat.

Sleiman berkata, pelarian tidak sampai ke lintasan sempadan rasmi kerana pertempuran, yang bermula Jumaat lalu.

Ada sebahagian keluarga tergesa-tergesa sehingga tidak dapat membawa barangan sebelum melarikan diri hingga tinggal sehelai sepinggang.

PBB mengedarkan selimut, tilam, makanan, lampin pakai buang dan peralatan kebersihan kepada pelarian. Beliau berkata, sebahagiannya tinggal dalam pondok setinggan di Lembah Bekaa di timur Lubnan, dan diberikan plastik tebal untuk mengukuhkan kediaman mereka bagi menahan sejuk.

800,000 pelarian berdaftar

Pelarian Syria membanjiri Lubnan sejak kebangkitan tiga tahun lalu. Pegawai Lubnan menganggarkan kira-kira 1.4 juta rakyat Syria di negara itu, termasuk 800,000 pelarian berdaftar.

Pertempuran di Qalamoun dijangka selama beberapa minggu dengan kedua-dua pihak mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan masing-masing menjelang musim sejuk apabila kebanyakan kawasan diselaputi salji. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment