Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dengan kestabilan politik, Iraq kini bersedia menerima pelabur asing yang berminat menyertai dalam usaha pembangunan semula besar-besaran negara itu, kata Dutanya ke Ma laysia Prof. Dr. Basim Hattab Al-Tumma.

Beliau berkata terdapat peluang besar bagi syarikat Malaysia dalam lapangan eksplorasi minyak dan gas, pembangunan prasarana, dagangan komoditi, makanan halal dan barangan pengguna lain.

“Iraq berharapkan kepada Malaysia, “negara Islam bersaudara”, untuk membantu dalam usaha pembangunan semulanya,” kata Dr Basim kepada Bernama.

Gergasi minyak Malaysia, Petronas, sudahpun beroperasi di Iraq dan duta itu berharap lebih banyak syarikat lain akan turut berbuat demikian.

Dr Basim berkata Malaysia mempunyai hubungan erat yang telah lama terjalin dengan Iraq dan berharap ini dapat diperkukuhkan lagi semasa perkhidmatan beliau di sini yang telah bermula dua bulan lepas.

Beliau berkata pendidikan merupakan satu bidang yang Iraq mahu tingkatkan dengan Malaysia dan ketika ini terdapat lebih 3,000 pelajar Iraq yang meneruskan pengajian dalam pelbagai kursus di universiti dan kolej Malaysia.

Juga terdapat kira-kira 450 profesional Iraq yang bekerja dalam pelbagai bidang di Malaysia.

Dr Basim berkata kini mudah bagi rakyat Malaysia untuk pergi ke Iraq kerana terdapat penerbangan langsung oleh syarikat penerbangan Iraqi Airlines dari Kuala Lumpur ke Baghdad.

Ketika ini, penerbangan tersebut adalah dua kali seminggu dan kekerapan ini akan ditingkatkan lagi bergantung kepada permintaan. – Bernama

0 comments:

Post a Comment