Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji prestasi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pencapaian UPSR tahun ini meningkat dengan baik dan ramai calon mencatat keputusan cemerlang.

“DPPM mengucapkan tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang. Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek.

“Gandingan ibu bapa, guru, rakan sekolah dan faktor persekitaran yang sihat serta bersih mendorong keputusan yang cemerlang ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berharap keputusan itu menjadi pendorong kepada pelajar terbabit untuk meningkatkan prestasi akademik mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Media hari ini melaporkan pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dipetik berkata, pencapaian keseluruhan UPSR 2013 meningkat 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).

0 comments:

Post a Comment