Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

One Comment

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berhubung larangan pengunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam sebagai tidak bertanggungjawab.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Ka Siong seorang yang tidak peka terhadap keharmonian masyarakat negara ini apabila mengeluarkan kenyataan beliau tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang orang bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah.

“Sultan Selangor yang menitahkan agar semua rakyat negeri itu mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu yang melarang penerbitan Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayu.

“Tiada sebab bagi seorang tidak mempedulikan titah baginda selaku Ketua Agama Islam negeri. Siapakah dia (Ka Siong) hendak mempertikaikan titah Sultan,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairul Azwan berkata, Ka Siong sebagai seorang pemimpin politik tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia sedikit sebanyak mencemar nama baik MCA dan menampakkan beliau seorang yang tidak matang dan sensitif.

Tegas beliau, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Ka Siong sepatutnya mencari jalan mencapai keharmonian dan perpaduan, bukan mengeluarkan kenyataan membabi buta yang menimbulkan perbalahan.

1 comments:

  1. Semua Ahli-ahli MCA Malaysia yang dihormati,

    Segelintir pemimpin MCA seperti YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) dan Yip Jiun Hann(pemuda MCA Gombak) perangainya sendiri pun tidak bermoral dan nama pun sangat busuk di Selangor. Khas nya di Kepong, Selayang, Rawang dan lain tempat, seperti makan wang SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, merosakkan keluarga orang lain……..perangai sebegitu jahat.

    Mereka cuba suruh kita menyokong Donald lim Siang Chai, sekira kumpulan ini bermenang dalam parti MCA, saya yakin parti MCA akan tenggelam selama-lama di Malaysia

    Jangan kena jerat, sokong lah Saudara Dr Wee Ka Siong

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete