Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment
KUANTAN - Seorang peneroka warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Km115.2 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Rompin, malam tadi.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian pada 12.05 tengah malam itu, mangsa Elias Ali, 68, bersama tiga penumpang lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Keratong 1.

"Siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh menuruni bukit dan kawasan gelap kerana tiada lampu jalan.

"Mangsa yang dipercayai memandu laju cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal sebelum bertembung dengan Proton Wira dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiga penumpang dan pemandu kereta Proton Wira itu hanya cedera ringan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment