Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment
Shamsul Azhar

Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan perolehan RM232.5 bilion sehingga 30 September tahun ini, iaitu peningkatan lapan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perolehan suku ketiga kumpulan itu turut meningkat kepada RM81.4 bilion, 19 peratus lebih tinggi berbanding suku ketiga tahun lalu dan sembilan peratus lebih tinggi berbanding suku kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, peningkatan perolehan itu dibantu kenaikan enam peratus dalam pengeluaran minyak sehingga suku ketiga tahun ini, sebahagiannya disumbangkan penyambungan semula operasi Petronas di Sudan Selatan yang kini mengeluarkan kira-kira 200,000 tong minyak sehari.

“Tahun lalu, Petronas mengeluarkan 1.985 juta tong minyak setiap hari tetapi sehingga suku tahun ini, kami telah mengeluarkan purata 2.098 juta tong minyak.

“Ini peningkatan besar untuk kami, hampir 2.1 juta tong sehari. Saya harap kami dapat kekalkan jumlah (pengeluaran) ini,” katanya semasa pengumuman keputusan kewangan Petronas bagi suku ketiga tahun ini di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, keputusan keseluruhan Petronas  dilihat amat baik dengan penemuan dua simpanan minyak baru di Sarawak dan Indonesia.

“Namun cabaran kami sekarang adalah untuk tukarkan simpanan ini menjadi pengeluaran secepat mungkin kerana kosnya begitu tinggi,” katanya.

Shamsul  Azhar  berkata, peningkatan kos  ketara berlaku kerana sikap syarikat penyedia perkhidmatan atau kontraktor yang meletakkan harga terlalu tinggi bagi tender dari Petronas, sehingga menyebabkan kos operasi menjadi terlalu tinggi berbanding hasil diperoleh daripada aktiviti pengeluaran minyak.

Sementara itu, jumlah aset Petronas meningkat 7.3 peratus kepada RM525.1 bilion sehingga 30 September tahun ini berbanding RM489.2 bilion akhir tahun lalu.

Syarikat itu turut membelanjakan 57 peratus daripada pelaburan modalnya berjumlah RM38.4 bilion sehingga kini untuk operasi di Malaysia manakala selebihnya bagi operasi Petronas di luar negara. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment