Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kelab Kucing Malaysia (KKM) akan menganjurkan Pertandingan Kucing Antarabangsa bersempena Festival Malaysia Tourism Center (MATIC Fest) 2013 dari 30 November hingga 1 Disember ini.

KKM dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan akan diadakan di bangunan MATIC di Jalan Ampang di sini.

“Pada 30 November 2013 diadakan acara pameran kucing cantik dari pukul 1 petang hingga 10 malam dan kenduri makanan kucing dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

“Acara ini terbuka untuk semua kucing dan semua kucing dijemput hadir,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, acara kemuncak program adalah  Pertandingan Kucing Antarabangsa pada 1 Disember 2013 dari pukul 9.30 pagi hingga 6 petang.

Antara aktiviti sampingan yang akan diadakan pada pertandingan tersebut adalah menghias sangkar kucing dan pertandingan fashion show kucing.

Turut diadakan pertandingan meniru suara dan aksi kucing, pasport kucing daripada Jabatan Veterina, penjualan makanan, barang keperluan, ubat-ubatan dan rumah kucing serta majlis pemberian kucing angkat.

0 comments:

Post a Comment