Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama RHB Capital Berhad (RHB) mengeluarkan setem yang dicetak dengan ‘Silver Foil Hot Stamping’ bagi meraikan pencapaian 100 tahun RHB Bank.

Ketua Setem dan Kajian Setem Yasmin Ramli berkata keluaran setem kali ini bertemakan Perbankan Cemerlang selama 100 tahun dan RHB merupakan satu-satunya bank yang telah mencapai 100 tahun dalam industri perbankan di Malaysia.

“Terdapat 12 reka bentuk setem atau 12 keping setem di dalam satu helaian dan dijual dengan harga RM12,” katanya pada sidang akhbar Koleksi Setem Baharu 100 Tahun Kecemerlangan Perbankan RHB.

Beliau berkata reka bentuk setem itu sinonim dengan logo RHB bank yang berbentuk berlian.

Selain itu, Pos Malaysia juga akan mengeluarkan sampul surat istimewa hari pertama yang boleh didapati pada 23 November. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment