Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

KUANTAN – Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saad, 47, direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malik pada 10 November lepas.

Isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya Nor Hairi Harun, 41, turut ditahan reman untuk tempoh yang sama

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah pada prosiding yang berlangsung pada kira-kira 11 pagi ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, tempat ketiga-tiga mereka sedang ditahan.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan polis di Tangkak, Johor petang semalam.

Pada 10 November lepas, Ahmad Raffli mati ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini.

Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan syiah.

Terdahulu, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Abdul Majid berkata Harun dikehendaki oleh Mahkamah Syariah Kuantan atas kegagalan menghadiri perbicaraan pada 12 November lepas.

“Dia juga dikehendaki untuk siasatan sama ada wujudnya penglibatan dalam kes pembunuhan Mohd Raffli atau tidak,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 12 orang pengikut Tuhan Harun berjaya dikesan dan dipanggil polis dengan empat daripada mereka dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Syariah Kuantan, manakala bakinya tampil secara sukarela bagi membantu siasatan.

“Polis masih mengesan dan memburu saki baki pengikut Tuhan Harun dan sehubungan itu, semua pengikutnya yang gagal menyerah diri supaya tampil berbuat demikian dengan segera,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment